Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS IBADAH KORBAN BAGI JABATAN PENJARA TAHUN 2016.

Majlis Korban Jabatan Penjara 2016.jpg

Bandar Seri Begawan, Jabatan Penjara hari ini telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi Tahun 2016. Majlis korban telah di adakan di Pusat Latihan, Jabatan Penjara. Acara dimulakan dengan takbir hari raya dan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Haji Rahim bin Jumasoleh, Guru Ugama Institusi Penjara Maraburong. Majlis di teruskan lagi dengan sedikit ucapan dari Pengerusi Majlis iaitu Yang Mulia Ketua Pegawai Penjara Hamdani bin Haji Salleh dan seterusnya diikuti dengam pengagihan daging korban kepada Ketua-ketua Pengurusan Jabatan Penjara, Pegawai-pegawai dan Kakitangan Jabatan Penjara yang mana telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Penjara Tuan Haji Ismail bin Haji Murat yang juga selaku Tetamu Kehormat Majlis tersebut.

Majlis Ibadah Korban itu diakhiri dengan bacaan doa selamat. Turut hadir di majlis tersebut adalah Ketua Kampung Sinaut Yang Mulia Awang Haji Sidek bin Haji Mesir.

Created at 13/10/2016 09:31 by Ilham Bin Hj Mohamed
Last modified at 13/10/2016 09:31 by Ilham Bin Hj Mohamed