Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAKLIMAT PRA-BEBAS PROGRAM LATIHAN / INTERNSHIPS DAN PENEMPATAN KERJA

53274625_1135794989928559_1211180820421672960_n.jpg

Khamis 7 Mac 2019, di Institusi Penjara Maraburong. 

Taklimat ini khusus kepada penghuni dalam peringkat pra-bebas dan disampaikan oleh wakil-wakil daripada Jawatankuasa Aftercare (PROTEM) Brunei Darussalam, termasuk Asia Enterprise yang telah berkolaborasi dalam Program Rakan Seliaan ("Aftercare"). Kolaborasi ini adalah bertujuan memantapkan lagi program rakan seliaan dan memberi mereka berpeluang untuk diberikan latihan dan penempatan kerja dalam bidang atau sektor perusahan yang bersesuaian yang akan dapat membantu mereka mendapat pekerjaan apabila mereka kembali kepangkuan masyarakat. Penglibatan rakan strategik dalam program seumpama ini adalah dihasratkan akan memberi kefahaman dan kesedaran kepada peserta program rakan seliaan bagi membantu mereka dalam proses reintegrasi kelak.

Program ini adalah kerjasama Bahagian Reintegrasi, Institusi-Institusi dibawah Jabatan Penjara dan pihak NGOs.

Created at 09/03/2019 16:00 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 11/03/2019 09:15 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud