Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS TEDARUS, KHATAM AL-QUR’AN DAN TAHLIL PERINGKAT JABATAN PENJARA TAHUN 2021/1442H

184874837_1787747051400013_3719876796703619868_n.jpg

10 Mei – Majlis Tedarus, Khatam Al-Qur’an, dan Tahlil Peringkat Jabatan Penjara bagi Tahun 2021M/1442H anjuran Institusi Penjara Wanita telah diadakan di Bilik Mesyuarat At- Taqwa, Pusat Latihan Jabatan Penjara.

Tetamu Kehormat di Majlis berkenaan ialah Yang Mulia Pemangku Pengarah Penjara Haji Muhammad Isamuddin bin Abdullah Juna,. Turut hadir Pemangku Timbalan Pengarah Penjara Pengiran Haji Mohd Bahrin bin Pengiran Haji Jamaluddin, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta Kakitangan Jabatan Penjara serta Anak-anak yatim Pegawai-Pegawai Penjara.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tetamu Kehormat Yang Mulia Haji Muhammad Isamuddin bin Abdullah Juna di ikuti dengan Khatam Al Qur'an, Bacaan Tahtim dan Bacaan Doa Khatam yang diketuai oleh Ustaz Haji Azmi bin Haji Tapau, Ketua Guru Agama Institusi Penjara Maraburong Fasa 3, doa peliharakan Sultan oleh Ustaz Haji Azmi bin Haji Ahmad, Ketua Guru Agama Institusi Penjara Maraburong Fasa 1.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian derma kepada 13 Orang Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal yang terdiri daripada warga jabatan yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan minuman yang juga disempurnakan oleh Tetamu Kehormat kepada Pegawai-pegawai dan Kakitangan Jabatan Penjara dan Ahli-ahli Koperasi .Sumbangan minuman adalah daripada Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara serta Koperasi Jabatan Penjara dengan Tanggungan Berhad.

Created at 01/07/2021 10:23 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 01/07/2021 10:23 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud