Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPengenalan

​PENGENALAN

Definisi Penjara:-

Dari Bab 2, Akta Penjara Penggal 51

"Bermakna sebarang Rumah, Bangunan, Kawasan yang disekelilingi oleh Tembok Dinding Batu, Pagar-Pagar Berduri atau mana-mana bahagian daripadanya yang diistiharkan sebagai sebuah penjara."
 

Jabatan Penjara adalah sebuah agensi kerajaan dibawah kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang mentadbir 3 (tiga) buah institusi Penjara iaitu :


 Institusi Penjara Jerudong

  • Institusi Penjara Jerudong telah mula beroperasi sejak mulanya penubuhan Jabatan Penjara iaitu pada 1 Mac 1954.
  • Bangunan penjara (lama) berkenaan hanya mampu menempatkan 28 orang banduan.
  • Setelah bangunan baru Penjara Jerudong siap dibina ianya telah mula digunakan pada 1 Februari 1980.
  • Bangunan baru berkenaan boleh menempatkan sejumlah 130 orang banduan Lelaki dan 16 orang banduan wanita.
  • Institusi ini merupakan pusat penerimaan bagi banduan lelaki. Menerima semua jenis dan kategori banduan dan tahan sementara (remand), menjalani hukuman sehari sehingga hukuma  seumur hayat, hukuman mati dan Perintah Tahanan. Banduan-banduan yang menjalani hukuman kali pertama dan kedua akan dipindah ke Penjara Maraburong, Tutong.

Institusi Penjara Wanita

  • Sebelumnya Penjara Wanita adalah dibawah pentadbiran dan kawalan Pegawai Yang Menjaga Penjara Jerudong (Lelaki) sehinggalah pada tarikh 7 Februari 2002 ianya telah diasingkan menjadi sebuah institusi yang ditadbir sendiri oleh seorang Pegawai Yang Menjaga (Wanita).
  • Bangunan Penjara Wanita terletak bersebelahan dengan Penjara Lelaki Institusi Penjara Jerudong
     

 Institusi Penjara Maraburong Fasa 1

  • Institusi Penjara Maraburong mula beroperasi pada 1 Ogos 2001.
  • Penjara ini menempatkan banduan lelaki bagi kemasukan pertama dan kedua kali yang dipindahkan dari Penjara Jerudong.

 Institusi Penjara Maraburong Fasa 3

  • Institusi Penjara Maraburong mula beroperasi pada September 2018.
  • Penjara ini boleh menampung seramai 280 orang Banduan Lelaki.