Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PENUTUP KURSUS PENGEMBARAAN DALAM KAUNSELING SESI 1/2016

Peserta terbaik dalam setiap galeri.jpg

Bandar Seri Begawan - Jabatan Penjara hari ini mengadakan Majlis Penutup Kursus Pengembaraan Dalam Kaunseling sesi 1/2016. Majlis tersebut di adakan betempat di Dewan Jongsarat Pusat Latihan, Jabatan Penjara.

 

Tetamu Kehormat di majlis berkenaan ialah Pemangku Pengarah Penjara Tuan Haji Ismail bin Haji Murat, turut hadir Pemangku Timbalan Pengarah Poh Eng Hua serta Ketua-ketua Pengurusan dan Pegawai-pegawai dan Kakitangan Jabatan Penjara.

 

Kursus yang telah dijalankan bermula pada 22hb Ogos 2016 sehingga 30hb Ogos 2016 telah melibatkan seramai 17 orang pegawai-pegawai Jabatan Penjara yang terdiri daripada Institusi Penjara-Penjara dan Bahagian-bahagian di Jabatan Penjara. Tujuan Kursus berkenaan adalah untuk mendedahkan ilmu pengetauhan mengenai kaunseling dan asas-asas menjadi seorang kaunselor ataupun pra kaunselor. Antara aktiviti yang dirasai oleh semua peserta kursus ialah bermalam di Pulau Pelumpong dan disana mereka diberikan tugasan-tugasan menyediakan khemah masing-masing mengikut kumpulan dan juga mencari benda-benda tersembunyi di dalam pulau pelumpong.

 

Dalam Majlis tersebut Pemangku Pengarah Penjara berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil kepada peserta-peserta kursus dan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada fasilitator dan kepada Peserta Kursus Terbaik di dalam Kursus Pengembaraan Dalam Kaunseling sesi 1/2016.

Created at 13/10/2016 09:22 by Ilham Bin Hj Mohamed
Last modified at 13/10/2016 09:22 by Ilham Bin Hj Mohamed