Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI EKSPO PAMERAN DAN JUALAN PRODUK JABATAN PENJARA SEMPENA MEMPERINGATI PENUBUHAN JABATAN PENJARA YANG KE 65 TAHUN, 2019.

2019-04-01_151546.png

Bandar Seri Begawan 29 Mac 2019

Majlis Pembukaan Rasmi Ekspo Pameran dan Jualan Produk Jabatan Penjara adalah merupakan projek tahunan Jabatan Penjara Sempena memperingati penubuhan Jabatan Penjara ke 65, setiap 1 Mac. Di dalam ekspo pameran dan jualan Jabatan Penjara sempena penubuhan Jabatan Penjara pelbagai produk-produk daripada Jabatan Penjara yang dihasilkan oleh penghuni-penghuni yang mengikuti progam perusahaan serta pertanian di institusi-Institusi Jabatan Penjara seperti Meja Sterika, Meja bilik Tamu, Rak Serbaguna, set penyalaian, Sayur, buah-buahan dan sebagainya lagi. Pada tahun-tahun lalu Ekspo Pameran dan Jualan ini telah diadakan di Dermaga Diraja, Pusat-pusat membeli belah seperti Times Square, Airport Mall dan One Station Kampong Mentiri dan Pada tahun ini Ekspo berkenaan di adakan di Rimba Point, Tasek Rimba, Lot 58865 Kampong Rimba.

 Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Penjara Tuan Haji Muhammad Isamuddin bin Abdullah Juna. Acara pada ptg itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan Majlis Pembukaan Rasmi oleh Tetamu Kehormat.

 Ekpso Pameran dan Jualan Produk Jabatan Penjara ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu pada hari Jumaat 29hb Mac 2019 hingga hari Ahad 31hb Mac 2019. Pada hari Jumaat tersebut ekspo akan bermula pada jam 2 Petang Hingga 10 malam, Manakala pada hari Sabtu dan Ahad ekspo bermula pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

 Adapun Tujuan Ekspo Pameran dan Jualan Produk Jabatan Penjara tersebut adalah Memperkenalkan hasil produk perabot, kraftangan dan pertanian daripada penghuni-penghuni yang mengikuti program pemulihan. Memberigakan kepada masyarakat akan amalan pemulihan yang dilaksanakan khususnya melalui Latihan Vokasional dan Kemahiran selain itu mendekatkan hubungan bersama masyarakat bagi menyokong program-program pemulihan di Jabatan Penjara akhir sekali salah satu usaha dalam proses pengintegrasian semula rakan seliaan dalam masyarakat serta memberikan peluang kepada rakan seliaan untuk memperkenalkan produk-produk mereka kepada masyarakat.

 Turut hadir di Majlis petang ini Jemputan-jemputan Khas, Ketua-ketua Pengurusan, Pegawai-pegawai dan Kakitangan Jabatan Penjara.


Created at 01/04/2019 15:18 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 01/04/2019 15:19 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud