Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PROGRAM USRAH DAN PEBUKAAN TEDARUS RAKAN SELIAAN, BAHAGIAN REINTEGRASI JABATAN PENJARA.

59793614_1176647052510019_8574248143074361344_n.jpg

​Diadakan pada hari Sabtu 11 Mei 2019 bertempat di Surau Pusat Dakwah Islamiah, Bandar Seri Begawan.

Program ini adalah dianjurkan oleh Bahagian Reintegrasi Jabatan Penjara dan Bahagian penyebaran Da'wah (Kaunseling), Pusat Da'wah Islamiah dengan kerjasama Jawatankuasa Aftercare (PROTEM) Brunei Darussalam sempena bulan Ramadhan 1440H. Antara pengisian program ini ialah ceramah yang disampaikan oleh Pg.Norhayati binti Pg hj Kasharan, Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah (Kaunseling) untuk mendapatkan keberkatan, mengimarahkan bulan Ramadhan dan membudayakan membaca Al-Quran.

Program ini turut dihadiri oleh Ustaz Hj Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohd Ali Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah, Hj Mustapa bin Hj Masri Pengerusi Aftercare, pegawai-pegawai daripada Bahagian Penyebaran Da'wah, Bahagian Reintegrasi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Aftercare.

Sesi Dialog dan Lawatan Daripada Ahli-ahli Persatuan Kaunseling Brunei Darussalam (PERKAB) Ke Institusi-Institusi Penjara 

Inisiatif Locum Counselor dari Persatuan Kaunseling Brunei Darussalam (PERKAB)dalam memberi khidmat kaunseling secara sukarela kepada banduan-banduan dan juga rakan seliaan merupakan perkembangan positif sebagai satu solusi dalam menyelesaikan isu ketidakcukupan tenaga kaunselor dan juga satu pembaharuan bagi mewujudkan diversiti pendekatan pemulihan dalam sama-sama menangani trend terbaru isu-isu jenayah dan gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Bagi tujuan tersebut, Jabatan Penjara melalui Bahagian Reintegrasi serta Institusi-Institusi Penjara telah merancang Sesi Dialog dan seterusnya Lawatan Kerja selama dua hari kepada ahli-ahli profesional ini iaitu pada 8 hingga 9 Mei yang lalu.

Pada hari pertama kehadiran Naib Presiden, Dr. Hajah Salwa binti DSS Haji Mahalle serta ahli-ahli PERKAB yang lain telah di sambut baik dari pegawai-pegawai Institusi Penjara Wanita. Sebelum Sesi Dialog dimulakan, Timbalan Ketua Reintegrasi, KP Iman Sufiena binti Haji Shawal telah menyampaikan kata-kata aluan bagi memulakan agenda pada hari tersebut. Kemudian diikuti dengan sesi taklimat mengenai dengan Program Sukarelawan Kaunselor yang disampaikan oleh PKP Nur'Aliyah binti Haji Ahmad yang juga merupakan agenda utama dalam perjumpaan pada hari tersebut.

Setelah itu sesi dialog diteruskan diantara kedua-dua belah pihak yang menjurus kepada isu-isu etika kaunseling, peranan kaunselor sebagai agen perubahan kepada banduan-banduan serta hal-hal berkaitan dengan rancangan pendekatan pemulihan yang efektif. Sesi lawatan telah dilanjutkan dengan penerangan daripada Ketua Bahagian Pemulihan, Pegawai Penjara Sulaseh binti Suparjan dan seterusnya ahli rombongan di pelawa membuat lawatan di kawasan persekitaran banduan sebagai pendedahan awal terhadap tugas yang akan mereka terokai selepas ini.

Pada hari kedua agenda lawatan, ahli PERKAB yang diketuai oleh Presiden, Mejar (B) Rusli bin Bujang telah disambut mesra oleh Timbalan Pegawai Memerintah (Pemulihan) Penjara Maraburong Fasa 1, Ketua Pegawai Sabtu bin Haji Abd Ghani, yang mana taklimat dan sesi lawatan telah dikendalikan oleh pegawai berkenaan dan seterusnya ahli-ahli rombongan dibawa melawat di kawasan penjara tulin dan bilik-bilik bagi program pemulihan termasuk bilik kaunseling.

Agenda kemudian diteruskan dengan sesi lawatan yang dikendalikan oleh Timbalan Pegawai Memerintah (Keselamatan) Penjara Maraburong Fasa 3, Ketua Pegawai Mark Eddy bin Juna. Sesi lawatan kali ini juga telah mendedahkan konsep struktur bangunan baru Penjara Maraburong Fasa 3 dan kawasan sekitarnya. Diakhir lawatan, sesi bergambar ramai telah mengambil alih sebagai kenang-kenangan bagi permulaan hubungan kerjasama kedua-dua pihak.

Semoga dasar awal objektif program ini diwujudkan dapat mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama Jabatan bagi mengurangkan kadar kemasukan semula dan juga memfokuskan pemulihan secara intensif kepada yang berprofil tinggi di kalangan banduan secara efektif dan efisien.

 


Created at 13/06/2019 13:31 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 13/06/2019 13:33 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud