Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS KEAGAMAAN SEMPENA SAMBUTAN AWAL TAHUN HIJRAH 1441 PERINGKAT KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA

69940522_1263578047150252_3389569644334415872_o.jpg

Sabtu 07 September 2019,

Majlis Keagamaan Sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1441 Peringkat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah diadakan di Masjid Ar-Rahim Kampong Bukit Panggal, Daerah Tutong yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara. Majlis Keagamaan ini adalah merupakan aktiviti Tahunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran oleh Yang Mulia Ketua Pegawai Penjara Haji Sahrin Nizar bin Haji Nohi. Seterusnya Majlis diserikan lagi dengan Ceramah Khas Bertajuk “Penghijrahan Sikap Kepada Mendapatkan Rahmat Allah” yang juga berkait rapat dengan Tema Hijrah Peringat Kebangsaan Tahun ini iaitu “Rezeki Halal Mengundang Rahmat Negara Berkat” yang disampaikan oleh Penceramah Undangan Yang Mulia Ustaz Haji Saharuddin bin Haji Petra, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Wakaf kepada Masjid Ar-Rahim Sumbangan daripada Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya yang di sampaikan oleh Tetamu Kehormat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan diterima oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Ar-Rahim, Tuan Haji Kamaluddin bin Haji Abd Rahman.

Seterusnya Bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohd Azmi bin Haji Tapau, Ketua Guru Agama Penjara Maraburong Fasa III.

Sejurus selepas itu Para Hadirin yang hadir menunaikan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Ar-Rahim, Yang Mulia Awang Haji Hasmali bin Haji Talip.

Juga hadir di Majlis itu ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Tutong, Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta Kakitangan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid tersebut.

 

Created at 09/09/2019 11:56 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 09/09/2019 11:56 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud