Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

Ucapan Alu-Aluan Pemangku Pengarah Penjara

Bismillahi Rahman Nirrahim

Segala Puji bagi Allah Subhannahu Wa Taala, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum keluarga, para sahabat serta pengikut- pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Dalam memberi kesedaran dan keinsafan kepada penghuni-penghuni di Jabatan Penjara, program pemulihan dan latihan yang berunsurkan keagamaan dan kerohanian telah dipertingkatkan dan dikemaskinikan dari semasa ke semasa supaya banduan-banduan dan penghuni- penghuni dapat menanamkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subahanahu Wataala dengan menginsafi segala perbuatan salah laku mereka dan dapat kembali ke pangkuan keluarga, masyarakat sekaligus menjadi warga negara yang berguna dan sentiasa mematuhi undang-undang.

Masalah keruntuhan moral dan kegiatan anti sosial bukan sahaja menimpa negara ini tetapi ianya juga adalah masalah global pada masa ini. Perkara ini perlu ditangani dengan serius oleh tenaga pegawai yang berkemahiran dan berpengetahuan. Melihat kepada masa mendatang, dengan kegigihan yang bersepadu dan keazaman semua pegawai dan kakitangan jabatan ini, sebarang cabaran yang akan dihadapi Insya-Allah akan dapat diatasi demi mencapai objektif dan memenuhi misi jabatan.

Selain itu, bersempena dengan majlis ini, jawatankuasa majlis juga telah menyusun pelbagai aktiviti berbentuk kebajikan dan keagamaan yang antara lainnya seperti Majlis Doa Kesyukuran, Pameran dan Expo Jualan, Kempen Derma Darah, Acara Sukan dan sebagainya. Akhirnya, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Penubuhan Jabatan Penjara Yang Ke-60, 2014  kerana telah berjaya mengungkayahkan majlis ini.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu 'Alaikum Wahrahmatullah Wabarakatuh.

Haji Ismail bin Haji Murat
Pemangku Pengarah Penjara
Negara Brunei Darussalam

 * diambil dari ucapan alu-aluan Majlis Perbarisan Sempena Penubuhan Jabatan Penjara 2014


1

Attachments
Created at 16/12/2015 09:50 by Ilham Bin Hj Mohamed
Last modified at 16/12/2015 10:35 by Ilham Bin Hj Mohamed