Pada 2 Januari 2022, Ahli Prisons
Angler telah mengadakan perlawanan mengail Udang Galah bertempat di Sungai Batu
Apoi Temburong. Seramai 78 peserta mengikuti cabaran tersebut iaitu para
peserta adalah terdiri daripada kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara
serta keluarga dan sahabat. Manakala yang lainnya adalah jemputan daripada
beberapa buah kampong di Daerah Tutong, Brunei Muara dan Temburong.
Sebanyak 39 buah perahu telah
digunakan dalam perlawanan tersebut. Turut memeriahkan perlawanan itu ialah
Penguasa Penjara Salman bin Siggar, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan
Penjara. Selain itu beberapa orang pegawai kanan dari Jabatan Penjara juga
mengikuti perlawanan tersebut bagi sama-sama memberi galakan dan sokongan
terhadap sukan di dalam bidang memancing Udang Galah.
Perlawanan ini diadakan bertujuan
adalah bagi mengeratkan silaturrahim di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan
Penjara serta memupuk perpaduan dan kerjasama serta sentiasa ingin membuat
aktiviti yang sihat dan bermanfaat. Ianya juga adalah salah satu aktiviti Kelab
Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara dalam program tahunan sukan Jabatan Penjara
khususnya. Sebelum perlawanan dimulakan taklimat telah disampaikan oleh Ahli
Jawatankuasa Prisons Angler, Pegawai Penjara Amir bin Haji Sawal mengenai terma
dan syarat perlawanan dan SOP kesihatan tidak juga dilupakan iaitu dengan
penjarakan sosial serta penggunaan “FaceMask”. Sebanyak 10 hadiah
dipertandingkan dalam perlawanan kali ini iaitu seperti berikut :
Pemenang Ikan Paling Berat
Timbangannya Seekor iaitu Ikan Belida dengan beratnya 0.593 gram dimenangi oleh
Jugol daripada Kampong Tanjung Nangka. Bagi Ikan paling banyak terkumpul dan
ditimbang berat keseluruhan dimenangi oleh Hajah Siti Mardiana binti Haji Asal
daripada Ahli Prisons Anglers Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara dengan
beratnya 1.42 Kilogram. Pemenang Ikan paling mahal di kategorikan Ikan
Pagong-Pagong dimenangi oleh Koperal 392 Zaini bin Haji Abd Razak daripada Prisons
Angler Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Penjara.
Hadiah misteri juga di pertandingkan
di dalam perlawanan kali ini iaitu pemenang pakaian paling menarik dimenangi
oleh Awang Rudy bin Haji Kassim dari Kampong Lugu. Manakala hadiah misteri
kedua di kategorikan Udang Galah Piai paling berat seekor dimenangi oleh Jet
daripada Kampong Lamunin dengan beratnya 0.390 gram. Hadiah misteri ketiga di
kategorikan Udang Galah paling sedikit atau rendah timbangannya di menangi oleh
Aping daripada Kampong Jerudong dengan beratnya 0.106 gram.
Pemenang Udang Galah Sauh (Jenggo)
paling banyak di perolehi oleh Kama daripada Kampong Lamunin iaitu sebanyak 4
ekor dengan beratnya 1.038 Kilogram. Pemenang Perseorangan Udang Galah paling
berat timbangannya seekor adalah seperti berikut :
Johan : Awang Angler dari kampong
Buda-Buda dengan beratnya 0.734 gram
Naib Johan : Awang Kudidi dari Kampong
Buda-Buda dengan beratnya 0.426 gram’
Ketiga : Awang Jet daripada Kampong
Lamunin dengan beratnya 0.390 gram
Bagi pemenang perseorangan Udang Galah
Berat terkumpul dimenangi oleh seperti berikut :
Johan : Bob Haji Kamis daripada Ahli
keluarga Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara dengan beratnya 2.434
Kilogram
Naib Johan : Mazlan daripada Kampong
Selayun dengan beratnya 2.137 kilogram
Ketiga : Awang Kama daripada Kampong
Lamunin dengan beratnya 1.638 kilogram
Pemenang Berpasukan iaitu kategori
Udang Galah di timbang terkumpul dengan membawa satu set pancing Udang Galah
iaitu Reel , Rod dan Braided Line yang telah di sumbangkan oleh Awang Shafiee
daripada Kampong Lugu serta Juara Berpasukan akan membawa Wang Tunai sebanyak
$200.00 tunai disumbangkan oleh Hamba Allah telah dimenangi oleh seperti
berikut :
Johan : Awang Jai dan Awang Azim
daripada Kampong Batu Apoi dengan beratnya 3.189 kilogram
Naib Johan : Wadar 731 Sabri &
Mazlan daripada Ahli Prisons Angler Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara
Ketiga : Wadar 759 Mohd Firdaus
Fakrullah bin Haji Omar serta Cousin daripada Ahli Prisons Angler Kelab
Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara dengan beratnya 2.6 kilogram
Penyempurnaan hadiah telah
disempurnakan oleh Penguasa Penjara Salman bin Siggar, Pengerusi Kelab
Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara dengan diiring oleh Pengerusi Majlis
Pegawai Penjara Amirol Mukmenin bin Haji Omar selaku Bendahari II Kelab
Kebajikan dan Sukan, Jabatan Penjara. Penyampaian hadiah telah di sempurnakan
di kawasan Lapang Perliunan Park, Kampong Batu Apoi kepunyaan Tuan Haji Asrul
Saniy . Cenderamata kenangan juga telah diserahkan kepada kepunyaan Perliunan Park
kerana berkesudian menyediakan jamuan serta tempat bagi peserta dan ahli
jawatankuasa memulakan dan menamatkan perlawanan tersebut.
Sebagai makluman Prisons Angler mula
ditubuhkan pada tahun 2019 dengan ahlinya seramai 70 orang. Aktiviti ahli
Prisons Angler bukan sahaja untuk mengail Udang Galah malah akan mengiatkan
aktiviti-aktiviti lain yang memberi kemanfaatan serta berfaedah kea rah hidup
yang lebih sihat dan menjauhkan diri daripada gejala sosial dan tidak sihat.
Setinggi-tinggi
ucapan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa majlis kerana berkesudian
memberikan buah fikiran serta tenaga didalam menjayakan perlawanan tersebut.
Tidak lupa juga kepada Tuan Shafiee daripada Kampong Lugu serta Tuan Haji Asrul
Saniy serta hamba allah kerana berkesudian memberikan sumbangan pada perlawanan
tersebut. Semoga Allah akan permudahkan segala urusan. Sekian