Jabatan Penjara
telah mengadakan Perlawanan Akhir Kemahiran Menembak Antara Institusi-Institusi
Jabatan Penjara 2022 bertempat di Padang Tembak Binturan/ Penanjong Garrison
Tutong. Hadir selaku Tetamu Kehormat di Mailis berkenaan ialah Tuan Haji
Mohammed Fadzillah bin Haji Ismail, Pengarah Penjara Negara Brunei Darussalam.
Pertandingan ini
adalah salah satu daripada kegiatan sebagai Projek Tahunan Jabatan Penjara.
laitu bagi melengkapkan para Anggota dengan segala pengetahuan, kecekapan dan
kemahiran untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mana ianya tidak dapat
menjamin apa yang akan berlaku pada hari esok dan juga tidak selalu dapat
mempastikan bila pesalah akan bertindak. Dengan cara ini, setiap anggota
Penjara akan sentiasa cekap, cekal dan bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan. Latihan Kemahiran kali in telah diadakan dijalankan selama 3 hari
bermula pada 26 Januari 2022 hingga 28 Januari 2022.
Dalam Perlawanan
tersebut (Raffle M16) Dalam Kategori Berkumpulan Pasukan darl Institusi Penjara
Maraburong Fasa 1 'A' meraih Johan Tempat Kedua Institusi Penjara Maraburong
'C' dan Tempat Ketiga Ibu Pejabat 'C'.
Kategori
berpasangan VIP ( Pistol SIG) pula disandang oleh Pengarah Penjara berpasangan
dengan Pegawai Penjara Kamis bin Juing. Tempat kedua Penguasa Penjara Salman
bin Siggar berpasangan dengan Ketua Pegawai Penjara Hamdani bin Salleh dan
Tempat Ketiga Penguasa Penjara Alidin bin Haji Ahmad berpasangan dengan Ketua
Pegawai Penjara Kwa Kian Sin.
Bagi Rekrut
Pengambilan 1/2021 Riffle M16 dimenangi oleh Rekrut 812 Abdul Wa'ie Mahyuddin
bin Mohammad SulaimanManakala bagi Pistol.38 dimenangi oleh Rekrut 813 Didi
Zulhilmi bin Abdullah Julpirzal. Riffle M16 berkumpulan pula dimenangi oleh
Kumpulan Bravo.
Dengan adanya perlawanan ini ianya akan dapat
memberikan peluang kepada setiap individu agar lebih giat berusaha untuk
mencapai satu taraf menembak dan pengendalian yang terbaik ke atas Senjata Api
masing-masing. Selain daripada ini, Pertandingan seperti ini juga diharapkan
akan mengeratkan Silaturrahim serta mengkukuhkan perpaduan di kalangan Anggota
Jabatan Penjara. Dengan adanya Perpaduan in lanya akan memantapkan keberkesanan
Jabatan Penjara dalam melaksanakan tugas-tugasnya.