Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PERLAWANAN PAINTBALL KAKITANGAN JABATAN PENJARA

123609017_1643759139132139_6197316289470451678_o.jpg

06 November 2020


Seramai 84 orang Anggota serta Kakitangan Jabatan Penjara telah menyertai Perlawanan Paintball bertempat di Arena Paintball Jerudong.

Turut serta dalam Perlawanan tersebut ialah Pegawai Memerintah Institusi Penjara Maraburong Fasa 3 Penguasa Penjara Salman bin Siggar dan Pegawai Memerintah Institusi Penjara Wanita Pengiran Roslinawati binti Pengiran Haji Omar dan berkesudian menyampaikan hadiah kepada Pemenang-pemenang bagi Kumpulan Lelaki dan Kumpulan Wanita.

Aktiviti seumpama ini adalah untuk mengeratkan talian Silratulrahim dikalangan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Penjara kearah memupuk suasana mesra serta kerjasama yang padu dalam Jabatan Penjara Khas nya.

Dalam Perlawanan tersebut Juara lelaki Berpasukan dimenangi oleh Team Gerakan Khas Jabatan Penjara. Naib Juara Team Six Ronin dan Tempat Ketiga Team The Bodymen.

Manakala Juara Wanita Berpasukan dimenangi oleh Team Super Mulan, Naib Juara Team Her Ricanes dan Tempat Ketiga Team Black Shadow.

Created at 18/01/2021 10:37 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 18/01/2021 10:37 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud