Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PERSARAAN BAGI KAKITANGAN INSTITUSI PENJARA MARABURONG FASA 1

124383980_1648735161967870_7706280847206666476_n.jpg

Khamis 12 Nov

 

Majlis Persaraan bagi Sarjan 275 Pengiran Shapiah binti Pengiran Haji Mumin telah diadakan di Bilik Mesyuarat Institusi Penjara Maraburong Fasa 1. Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis berkenaan ialah Pegawai Memerintah Institusi Penjara Maraburong Fasa 1 Penguasa Penjara Haji Alidin bin Haji Ahmad dan juga berkesudian menyampaikan cenderamata dan sumbangan derma.

Sarjan Pengiran telah berkhidmat selama 30 Tahun. Beliau mula berkhidmat sebagai Wadar Wanita di Institusi Penjara Wanita pada 01 Mei 1991. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah sebagai Ketua Unit Rekod dan Skim Pendapatan di Institusi Penjara Maraburong Fasa 1.

Majlis diselajurkan dengan penyerahan cenderahati kepada Ustaz Hj Ghani bin Hj Marsal dimana beliau berpindah tempat bertugas dan juga Penyerahan Derma Kedukaan kepada Pegawai Penjara Alfian bin Hj Aman diatas pemergian bapa beliau.

Created at 18/01/2021 11:01 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 18/01/2021 11:01 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud