Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SUMBANGAN (PPE) DARI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH.

244571221_1902702339904483_5472928712642998886_n.jpg

Jabatan Penjara telah menerima sumbangan berupa peralatan dan perlindungan diri (Personnel Protective Equipment) yang disumbangkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah (PSBM). Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Ibu Pejabat Kebangsaan, Pusat Operasi Covid-19, PBSM Pejabat Pos Bunut.


Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Manshor bin Pengiran Haji Jaya, Timbalan President Projek Khas BRC kepada Penolong Penguasa Penjara Ilham bin Haji Mohamed selaku wakil Jabatan Penjara, Negara Brunei Darussalam.

Sumbangan ini dihasratkan sedikit sebanyak membantu pihak Jabatan Penjara untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan warga jabatan terutama sekali dikalangan pegawai dan anggotanya termasuk banduan dan tahanan di institusi-institusi penjara dalam menangani cabaran penularan jangkitan wabak COVID-19

Created at 10/01/2022 12:41 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 18/01/2022 10:17 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud