Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PERLAWANAN MENGAIL UDANG GALAH DI SUNGAI BATU APOI TEMBURONG

271795595_1978220985685951_222356436940669385_n.jpg

Pada 2 Januari 2022, Ahli Prisons Angler telah mengadakan perlawanan mengail Udang Galah bertempat di Sungai Batu Apoi Temburong. Seramai 78 peserta mengikuti cabaran tersebut iaitu para peserta adalah terdiri daripada kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara serta keluarga dan sahabat. Manakala yang lainnya adalah jemputan daripada beberapa buah kampong di Daerah Tutong, Brunei Muara dan Temburong.

Sebanyak 39 buah perahu telah digunakan dalam perlawanan tersebut. Turut memeriahkan perlawanan itu ialah Penguasa Penjara Salman bin Siggar, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara. Selain itu beberapa orang pegawai kanan dari Jabatan Penjara juga mengikuti perlawanan tersebut bagi sama-sama memberi galakan dan sokongan terhadap sukan di dalam bidang memancing Udang Galah.

Perlawanan ini diadakan bertujuan adalah bagi mengeratkan silaturrahim di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara serta memupuk perpaduan dan kerjasama serta sentiasa ingin membuat aktiviti yang sihat dan bermanfaat. Ianya juga adalah salah satu aktiviti Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara dalam program tahunan sukan Jabatan Penjara khususnya. Sebelum perlawanan dimulakan taklimat telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Prisons Angler, Pegawai Penjara Amir bin Haji Sawal mengenai terma dan syarat perlawanan dan SOP kesihatan tidak juga dilupakan iaitu dengan penjarakan sosial serta penggunaan “FaceMask”. Sebanyak 10 hadiah dipertandingkan dalam perlawanan kali ini iaitu seperti berikut :

Pemenang Ikan Paling Berat Timbangannya Seekor iaitu Ikan Belida dengan beratnya 0.593 gram dimenangi oleh Jugol daripada Kampong Tanjung Nangka. Bagi Ikan paling banyak terkumpul dan ditimbang berat keseluruhan dimenangi oleh Hajah Siti Mardiana binti Haji Asal daripada Ahli Prisons Anglers Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara dengan beratnya 1.42 Kilogram. Pemenang Ikan paling mahal di kategorikan Ikan Pagong-Pagong dimenangi oleh Koperal 392 Zaini bin Haji Abd Razak daripada Prisons Angler Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Penjara.

Hadiah misteri juga di pertandingkan di dalam perlawanan kali ini iaitu pemenang pakaian paling menarik dimenangi oleh Awang Rudy bin Haji Kassim dari Kampong Lugu. Manakala hadiah misteri kedua di kategorikan Udang Galah Piai paling berat seekor dimenangi oleh Jet daripada Kampong Lamunin dengan beratnya 0.390 gram. Hadiah misteri ketiga di kategorikan Udang Galah paling sedikit atau rendah timbangannya di menangi oleh Aping daripada Kampong Jerudong dengan beratnya 0.106 gram.

Pemenang Udang Galah Sauh (Jenggo) paling banyak di perolehi oleh Kama daripada Kampong Lamunin iaitu sebanyak 4 ekor dengan beratnya 1.038 Kilogram. Pemenang Perseorangan Udang Galah paling berat timbangannya seekor adalah seperti berikut :

Johan : Awang Angler dari kampong Buda-Buda dengan beratnya 0.734 gram

Naib Johan : Awang Kudidi dari Kampong Buda-Buda dengan beratnya 0.426 gram’

Ketiga : Awang Jet daripada Kampong Lamunin dengan beratnya 0.390 gram

Bagi pemenang perseorangan Udang Galah Berat terkumpul dimenangi oleh seperti berikut :

Johan : Bob Haji Kamis daripada Ahli keluarga Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara dengan beratnya 2.434 Kilogram

Naib Johan : Mazlan daripada Kampong Selayun dengan beratnya 2.137 kilogram

Ketiga : Awang Kama daripada Kampong Lamunin dengan beratnya 1.638 kilogram

Pemenang Berpasukan iaitu kategori Udang Galah di timbang terkumpul dengan membawa satu set pancing Udang Galah iaitu Reel , Rod dan Braided Line yang telah di sumbangkan oleh Awang Shafiee daripada Kampong Lugu serta Juara Berpasukan akan membawa Wang Tunai sebanyak $200.00 tunai disumbangkan oleh Hamba Allah telah dimenangi oleh seperti berikut :

Johan : Awang Jai dan Awang Azim daripada Kampong Batu Apoi dengan beratnya 3.189 kilogram

Naib Johan : Wadar 731 Sabri & Mazlan daripada Ahli Prisons Angler Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara

Ketiga : Wadar 759 Mohd Firdaus Fakrullah bin Haji Omar serta Cousin daripada Ahli Prisons Angler Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara dengan beratnya 2.6 kilogram

Penyempurnaan hadiah telah disempurnakan oleh Penguasa Penjara Salman bin Siggar, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penjara dengan diiring oleh Pengerusi Majlis Pegawai Penjara Amirol Mukmenin bin Haji Omar selaku Bendahari II Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Penjara. Penyampaian hadiah telah di sempurnakan di kawasan Lapang Perliunan Park, Kampong Batu Apoi kepunyaan Tuan Haji Asrul Saniy . Cenderamata kenangan juga telah diserahkan kepada kepunyaan Perliunan Park kerana berkesudian menyediakan jamuan serta tempat bagi peserta dan ahli jawatankuasa memulakan dan menamatkan perlawanan tersebut.

Sebagai makluman Prisons Angler mula ditubuhkan pada tahun 2019 dengan ahlinya seramai 70 orang. Aktiviti ahli Prisons Angler bukan sahaja untuk mengail Udang Galah malah akan mengiatkan aktiviti-aktiviti lain yang memberi kemanfaatan serta berfaedah kea rah hidup yang lebih sihat dan menjauhkan diri daripada gejala sosial dan tidak sihat.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa majlis kerana berkesudian memberikan buah fikiran serta tenaga didalam menjayakan perlawanan tersebut. Tidak lupa juga kepada Tuan Shafiee daripada Kampong Lugu serta Tuan Haji Asrul Saniy serta hamba allah kerana berkesudian memberikan sumbangan pada perlawanan tersebut. Semoga Allah akan permudahkan segala urusan. Sekian
Created at 08/02/2022 11:36 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 08/02/2022 11:36 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud