Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PERLAWANAN KEMAHIRAN MENEMBAK ANTARA INSTITUSI-INSTITUSI, JABATAN PENJARA 2022.

273128299_1992877864220263_1521145419706592247_n.jpg

Jabatan Penjara telah mengadakan Perlawanan Akhir Kemahiran Menembak Antara Institusi-Institusi Jabatan Penjara 2022 bertempat di Padang Tembak Binturan/ Penanjong Garrison Tutong. Hadir selaku Tetamu Kehormat di Mailis berkenaan ialah Tuan Haji Mohammed Fadzillah bin Haji Ismail, Pengarah Penjara Negara Brunei Darussalam.

 

Pertandingan ini adalah salah satu daripada kegiatan sebagai Projek Tahunan Jabatan Penjara. laitu bagi melengkapkan para Anggota dengan segala pengetahuan, kecekapan dan kemahiran untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mana ianya tidak dapat menjamin apa yang akan berlaku pada hari esok dan juga tidak selalu dapat mempastikan bila pesalah akan bertindak. Dengan cara ini, setiap anggota Penjara akan sentiasa cekap, cekal dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Latihan Kemahiran kali in telah diadakan dijalankan selama 3 hari bermula pada 26 Januari 2022 hingga 28 Januari 2022.

 

Dalam Perlawanan tersebut (Raffle M16) Dalam Kategori Berkumpulan Pasukan darl Institusi Penjara Maraburong Fasa 1 'A' meraih Johan Tempat Kedua Institusi Penjara Maraburong 'C' dan Tempat Ketiga Ibu Pejabat 'C'.

 

Kategori berpasangan VIP ( Pistol SIG) pula disandang oleh Pengarah Penjara berpasangan dengan Pegawai Penjara Kamis bin Juing. Tempat kedua Penguasa Penjara Salman bin Siggar berpasangan dengan Ketua Pegawai Penjara Hamdani bin Salleh dan Tempat Ketiga Penguasa Penjara Alidin bin Haji Ahmad berpasangan dengan Ketua Pegawai Penjara Kwa Kian Sin.

 

Bagi Rekrut Pengambilan 1/2021 Riffle M16 dimenangi oleh Rekrut 812 Abdul Wa'ie Mahyuddin bin Mohammad SulaimanManakala bagi Pistol.38 dimenangi oleh Rekrut 813 Didi Zulhilmi bin Abdullah Julpirzal. Riffle M16 berkumpulan pula dimenangi oleh Kumpulan Bravo.

 

Dengan adanya perlawanan ini ianya akan dapat memberikan peluang kepada setiap individu agar lebih giat berusaha untuk mencapai satu taraf menembak dan pengendalian yang terbaik ke atas Senjata Api masing-masing. Selain daripada ini, Pertandingan seperti ini juga diharapkan akan mengeratkan Silaturrahim serta mengkukuhkan perpaduan di kalangan Anggota Jabatan Penjara. Dengan adanya Perpaduan in lanya akan memantapkan keberkesanan Jabatan Penjara dalam melaksanakan tugas-tugasnya.
Created at 08/02/2022 11:57 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 08/02/2022 11:57 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud