Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPusat Latihan

Pengenalan Dan Penubuhannya

Pusat Latihan adalah merupakan salah satu bahagian dalam Jabatan Penjara yang bertanggungjawab bagi melahirkan tenaga pegawai dan kakitangan yang terlatih dengan mengadakan apa jua jenis latihan/kursus dalam jabatan yang difikirkan sesuai dan perlu bagi pegawai dan kakitangan serta merancang latihan-latihan yang bersesuaian bagi semua peringkat pegawai dan kakitangan sama ada kursus jangka pendek dan panjang dalam dan luar negeri bagi melahirkan sumber tenaga yang mahir dan berilmu serta bertanggungjawab.

 

VISI

Menjadikan Pusat Latihan bertaraf Internasional pada tahun 2035.

MISI

Menyelenggarakan dan mengambangkan latihan yang unggul ke arah melahirkan anggota yang berdedikasi, terlatih dan berdisiplin kearah meningkatkan imej Jabatan Penjara.

 

Matlamat Dan Objektif

  • Untuk membentuk setiap pegawai khususnya pelatih-pelatih baru berkhidmat di jabatan ini untuk berdisplin, bertatatertib, berbudi bahasa dan bersopan santun bersesuaian dengan keperluan tugas harian jabatan penjara.
  • Melengkapkan semua pegawai penjara dengan teori untuk menjadikan pegawai penjara yang terlatih supaya urusan harian didalam jabatan dapat berjalan dengan lebih efsien dan teratur
  • Memberi kesedaran kepada semua pegawai dan kakitangan dijabatan penjara, sebagai pegawai kakitangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dan mempunyai peranan dan tanggung jawab kepada masyarakat, Negara, Agama.
  • Sebagai pusat yang melahirkan tenaga pegawai yang berkebolihan dan berkemahiran dalam bidang kepenjaraan dan pentadbiran am dengan menyediakan pogram-pogram latihan yang berkesan serta perancangan jangka masa pandek dan panjang.
  • Menyediakan pogram-pogram latihan untuk pegawai-pegawai penjara agar membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas yang cekap dan berdisplin.
  • Meningkatkan keupayaan dan displin pegawa-pegawai rendah untuk kemajuan diri dan jabatan.
  • Berkerjasama dengan agensi-agensi latihan yang lain untuk meningkatkan mutu latihan.


Tugas dan Peranan

Bahagian Akademik

Merancang dan mengadakan apa jua jenis latihan/kursus   akademik dalam jabatan dan diluar jabatan seperti di Institut Perkhidmatan Awam, Pusat  Dakwah dan kementerian serta lain jabatan yang difikirkan sesuai bagi semua peringkat pegawai dan kakitangan.

 

Bahagian Latihan

Bertanggungjawab memproses pengurusan latihan/kursus di luar jabatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei dan lain-lain jabatan yang bersesuaian bagi semua peringkat pegawai berunifom.