Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTeknologi Maklumat, Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Antarabangsa

Pengenalan

Bahagian Teknologi Maklumat, Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Antarabangsa adalah salah satu bahagian dalam struktur organisasi Jabatan Penjara.

 

Objektif

Teknologi Maklumat

  • Bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi maklumat yang sesuai supaya fungsi dan tugas harian di Jabatan Penjara dapat dijalankan dengan cekap, berkesan dan menepati keperluan semasa bagi menjamin perkhidmatan yang profesional, berkualiti serta mencapai tahap produktiviti yang disasarkan.

 

Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Antarabangsa

  • Mempromosi dasar, program dan aktiviti Jabatan ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan.
  • Mempastikan urusan hal ehwal perhubungan awam terma­suk aduan orang ramai atau pelanggan jabatan diken­dalikan dengan berkesan.
  • Memperluaskan maklumat jabatan seperti:-
  • Menyediakan bahan-bahan akbar,
  • Memberikan taklimat mengenai fungsi & struktur
  • Menyelaras perhubungan yang positif antara Jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain.
  • Bertindak sebagai jurucakap Jabatan dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan Jabatan Penjara.
  • Menjalin dan memupuk hubungan baik dengan media tempatan dan antarabangsa secara berterusan bagi menentukan sasaran mendapat gambaran sebenar tentang organisasi yang melibatkan dasar dan perkembangan semasa.