Pengenalan Dan Penubuhannya
Pusat Latihan adalah merupakan salah satu bahagian dalam
Jabatan Penjara yang bertanggungjawab bagi melahirkan tenaga pegawai dan
kakitangan yang terlatih dengan mengadakan apa jua jenis latihan/kursus dalam
jabatan yang difikirkan sesuai dan perlu bagi pegawai dan kakitangan serta
merancang latihan-latihan yang bersesuaian bagi semua peringkat pegawai dan
kakitangan sama ada kursus jangka pendek dan panjang dalam dan luar negeri bagi
melahirkan sumber tenaga yang mahir dan berilmu serta bertanggungjawab.
VISI
Menjadikan Pusat
Latihan bertaraf Internasional pada tahun 2035.
MISI
Menyelenggarakan
dan mengambangkan latihan yang unggul ke arah melahirkan anggota yang berdedikasi,
terlatih dan berdisiplin kearah meningkatkan imej Jabatan Penjara.
Matlamat Dan Objektif
- Untuk membentuk setiap pegawai khususnya pelatih-pelatih
baru berkhidmat di jabatan ini untuk berdisplin, bertatatertib, berbudi bahasa
dan bersopan santun bersesuaian dengan keperluan tugas harian jabatan penjara.
- Melengkapkan semua pegawai penjara dengan teori untuk
menjadikan pegawai penjara yang terlatih supaya urusan harian didalam jabatan
dapat berjalan dengan lebih efsien dan teratur
- Memberi kesedaran kepada semua pegawai dan kakitangan
dijabatan penjara, sebagai pegawai kakitangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam
dan mempunyai peranan dan tanggung jawab kepada masyarakat, Negara, Agama.
- Sebagai pusat yang melahirkan tenaga pegawai yang
berkebolihan dan berkemahiran dalam bidang kepenjaraan dan pentadbiran am
dengan menyediakan pogram-pogram latihan yang berkesan serta perancangan jangka
masa pandek dan panjang.
- Menyediakan pogram-pogram latihan untuk pegawai-pegawai
penjara agar membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas yang cekap dan
berdisplin.
- Meningkatkan keupayaan dan displin pegawa-pegawai rendah
untuk kemajuan diri dan jabatan.
- Berkerjasama dengan agensi-agensi latihan yang lain untuk
meningkatkan mutu latihan.
Tugas dan
Peranan
Bahagian Akademik
Merancang dan mengadakan apa jua jenis latihan/kursus akademik dalam jabatan dan diluar jabatan
seperti di Institut Perkhidmatan Awam, Pusat
Dakwah dan kementerian serta lain jabatan yang difikirkan sesuai bagi
semua peringkat pegawai dan kakitangan.
Bahagian Latihan
Bertanggungjawab memproses pengurusan latihan/kursus di
luar jabatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei dan
lain-lain jabatan yang bersesuaian bagi semua peringkat pegawai berunifom.