Sejarah - Pada 07hb September 2015 – Bahagian Latihan Vokasional dan Kemahiran telah ditubuhkan.
- Sebelum tertubuhnya program-program latihan vokasional dan kemahiran ianya ditadbir oleh Institusi-institusi Jabatan Penjara.
Pengenalan
- Bahagian ini akan berperanan dalam memperkembangkan program-program latihan vokasional dan kemahiran di ketiga-tiga institusi.
- Program latihan vokasional dan kemahiran dijalankan dengan berkerjasama bersama Pegawai Yang Menjaga dan Bahagian Pemulihan di Institusi masing-masing.
Peranan
- Bertanggung jawab dalam merancang program Latihan Vokasional dan Kemahiran.
- Menilai dan mengenal pasti kemahiran dan minat setiap banduan untuk mengikuti program latihan vokasional dan kemahiran.
- Menyediakan sukatan pelajaran dan program latihan vokasional dan kemahiran.
- menyediakan laporan bulanan, suku tahunan mengenai perkembangan latihan banduan serta penilaian kemajuan banduan.
- Menyimpan inventori bekalan, kelangkapan dan pemasaran produk latihan vokasional dan kemahiran. Menyelia dan memastikan pesanan barang-barang dan keperluan vokasional teratur.
- Memeriksa dan memastikan peralatan/kelangkapan latihan vokasional sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan pada setiap masa.
- Memberikan ilmu pengetahuan kepada Penghuni dari segi Teori dan praktikal.
- Mengundang pakar-pakar tenaga pengajar untuk memberikan pengajaran kepada banduan-banduan.
- Memantau kualiti penghasilan-penghasilan produk bahagian Latihan Vokasional dan Kemahiran sebelum dipasarkan.
- Memastikan sasaran jualan dan penghasilan bulanan bagi setiap program dapat dicapai. (sasaran tahunan kutipan hasil : $20, 000).
- Merancang dan mencari idea-idea baru untuk menghasilkan produk-produk yang terkini yang boleh dipasarkan.
- Menerima borang permohonan tempahan Jabatan dan orang awam dari masa ke semasa serta menyusun dan mencatat didalam fail.
- Mengurus, menyelenggara dan bertangungjawab dalam aspek keselamatan, kebersihan dan kecerian di bengkel.
Kesimpulan
- Latihan Vokasional dan Kemahiran adalah perkara yang paling penting dalam program pemulihan.
- Penghuni diberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar penghuni dapat hidup berdikari setelah dibebaskan.
- Disebalik untuk penghasilan akan tetapi membawa pendorongan untuk membuatkan banduan bersedia selepas dibebaskan dengan mengunakan pendekatan kemahiran yang diberikan.
- Manakala penghasilan pengeluaran barangan dan perkhidmatan adalah semata-mata atas usaha mereka.
|